Thursday, March 13, 2008

SOD.....BA....RAW

Senang je sebut SABAR tu....tapi nak buat tu Ya...Allah....(perit)
Aku buat beberapa experiment tentang kesabaran diri aku sendiri....(tak payah uji kesabaran orang lain...)

UJIAN PERTAMA

Dah memang orang tau....kalau bawa keta kat h'way yg 3 line, paling kanan sekali utk orang yg tak menyempat-nyempat. Kalau boleh nak kasi meter tu pusing 2 kali!
Lalu aku dgn selamba, "melepakkan diri dan keta kancil aku" di line kanan sekali. Hambik kau!
Dengan berbekalkan lampu beam, ada satu BMW 5 series dah kasi lampu beam kat aku. Bahasa lembutnya "tlg ketepi skit. Saya nak memotong ni haaa..."
Dalam bahasa kasar " woi tepi la....tak nampak ke BMW 5 series yg aku beli utang kat bank ni secara ansuran selama 9 tahun ni nak lalu!!!!" Haaaa...ni lah masanya aku nak uji keSABARan aku!
Dekat 2 kilometer aku tak berganjak dari laluan tu.....yg aku herannya....kat laluan tengah ngan kiri sekali kosong! Mungkin tak ada klass kot lalu kat laluan tu....
So selepas beberapa km aku dok tercangak kat situ....aku pun beralih ke laluan tengah. Maka dgn pantas Si BMW 5 series tu memotong aku......Dgn menyedekahkan hon dari keta yg di beli secara utang dari bank secara ansuran selama 9 tahun, disertakan hadiah saguhati berupa "ucapan pendek menggunakan jari tengah.....dia berlalu....
HAMPEH!!!!!......eeeehhhhh...kan aku yg cari pasal..... Padan Muko kau Tok Bond! hehehe...

NAK UJI KESABARAN KONON.

No comments: