Salam,
(Hot Spot "Parti yg satu ni")
Wak Indon : "sebelum tamat pilihan raya saya udah tau sapa yg menangnya pak."
Tu diaaaaa......aku memang tak jangka langsung sebegini kuat Makkel Sakhti ( Kuasa Rakyat). Perubahan yg berlaku memang sangat dinantikan oleh rakyat yg mahukan perubahan, kecuali mereka yg tidak sedar atau tak berani berhadapan dengan sesuatu yg baru!
Umum mengetahui, keputusan PRU 12 menyaksikan Negeri Kedah, Penang, Selangor, KL dan Perak jatuh ke tangan pembangkang, serta mengekalkan negeri Kelantan di bawah pemerintahan Kerajaan PAS.
Bila bercakap soal pilihanraya, sudah pasti ramai yang mempunyai harapan besar. Mereka yang tertekan dalam kehidupan di bawah pemerintahan "parti yg satu ni", berharap majoriti kerusi "parti yg satu ni" di Parlimen dapat dikurangkan agar suara pembangkang menjadi lebih lantang. Manakala yang selesa dengan pemerintahan "parti yg satu ni" pula berharap agar pencapaiannya bertambah lebih baik dari tahun 2004.
(Hot Spot KeADILan)
Tidak salah untuk berharap tetapi harapan janganlah diletakkan terlalu tinggi. Ini kerana harapan yang terlalu tinggi, jika gagal dicapai, akan meninggalkan kesan yang mendalam. Sebaik-baiknya hadapilah pilihanraya ini dengan penuh kegembiraan.
Tidak salah untuk berharap tetapi harapan janganlah diletakkan terlalu tinggi. Ini kerana harapan yang terlalu tinggi, jika gagal dicapai, akan meninggalkan kesan yang mendalam. Sebaik-baiknya hadapilah pilihanraya ini dengan penuh kegembiraan.
Namun dalam menjalani kehidupan aku, kau, depa, mereka, hangpa dan semua sebenarnya berpolitik. Apa taknya.......seorang pekerja berpolitik dgn Boss nya utk naik pangkat atau gaji untuk kehidupan yg lebih sempurna di masa akan datang. Seorang isteri berpolitik dgn suaminya untuk mengekalkan undi sang suami kepadanya agar tak nikah lagi 1 atau "makan luar". Seorang suami berpolitik dgn isterinya agar dapat mengekalkan undi percaya sang isteri untuk dia, agar mudah untuk dia memesongkan pemerhatian isteri terhadap "aktiviti bebas"nya. Seorang anak berpolitik kepada kedua orang tuanya untuk mengekalkan kecemerlangan dalam pendidikan agar tidak menjadi mangsa rotan atau "penampau" jika gagal dalam pelajaran.
So kepada yg tak ambil tau langsung pasal politik, aku sarankan jenguk-jenguk lah apa ada dalam politik Malaysia. Tak salah kalau kita jenguk, sekadar menambahkan pengetahuan hak sebagai rakyat Malaysia. Jangan nanti bila org tanya..."apa lagi hak kau sebagai rakyat Malaysia selain daripada mengundi....?" kita lopong....nganga mulut. Walhal itulah sahaja yg dicanang-canangkan kat kita seharian oleh "parti yg satu ni" sekarang! Hak untuk bersuara...?...hak untuk memilih......hak untuk membangkang...? camno?....kena sembur air & Gas pemedih mata FRU lah jawabnya.
Seorang teman yg dok kat US pernah cakap kat aku, kat depan White House, boleh dikatakan setiap ujung minggu ada protes!.... itu yg kita tak tau. Yg kita diberitahu...kerajaan US Jahat/Zalim.....Pendokong Yahudi....Penyembelih Islam! macam - macam lagi. Tapi dalam mendokong Demokrasi.....Amerika Baguih!!!! Cuba tgk skrg pemilihan calon Presiden antara Obama & Hillary Clinton, depa fight gentle punya.....ada debat one by one....face to face....kita kat sini....?...parlimen bubar....tapi kat dalam TV...paper...semua crita pasal "parti yg satu ni". Nak ajak debat?...Tuiiii.....ada geng Pemuda, tapi K*#E simpan nak pakai utk bini dia orang je atau pompuan simpanan diaorang!
Yg lain langsung tadak peluang. Masa dulu aku pernah kena tegur oleh salah seorang pekerja Indon masa aku kerja construction dulu....masa tu nak election 2004. Dia kata ....
Wak Indon : "sebelum tamat pilihan raya saya udah tau sapa yg menangnya pak."
Aku : "Macammana kamu tahu.Kamu ada sihir?"
Wak Indon : Enggak! Cuba bapak lihat ini....parlimennya udah di bubar...tapi cerita di peti tv dan di dalam surat khabar...hanya cerita kempen "parti yg satu ini". Dimana cerita mengenai pembangkang?"
Aku : (cakap dalam hati) dia ni kerja tukang kayu gaji RM50 sehari...tetapi boleh berfikir dengan akal yg jelas mengenai senario politik di bumi yg asing baginya. Orang kita sendiri...?
....wak indon tu tambah lagi......di Indon apabila parlimen udah bubar, media berlumba-lumba mencari uwang. Semua calon yg mahu keluar peti tv.....mesti bayar. Baru stesyen tv akan siarkan kempen atau ceramah mengenainya. Baru ADIL. Baru semua Parti politik ada peluang yg sama. ITU LAH SALAH SATU CIRI NEGARA DEMOKRASI
So.....
Tepuk dada tanya selera.....jangan sampai orang yg konon perjuang hak atau membela nasib melayu TEPUK KEPALA korang! Korang masih nak hak korang dinafikan....ditutup mulut....di tidakkan......atau memang korang tak peduli.! Ah...korang dah beso...Sendri Mau Ingat...
"MAKKEL SAKHTI"
No comments:
Post a Comment