Monday, March 31, 2008

SOD.....BA...RAW II



UJIAN KE 2

"Awak tak tutup lampu bilik ke masa keluar semalam?" Tanya "mem" besar kat aku. "Ye lah, saya terlupa", jawab aku terpinga-pinga. Tetapi hati aku berdetik, ada yang tak kena ni.....
Jam kat tangan menunjukkan pukul 10.30 malam. Aku sekeluarga baru balik dari Penang, gi Konvo adik aku yg ke-4 kat USM. Kami gerak dari rumah hari jumaat, selepas sembahyang jumaat.
Aku dgn rasa tak sedap ati gi buka kunci pintu gate. Masih tak perasan dgn apa yg berlaku. Kereta terus aku pandu masuk ke dalam porch dan ketika itu aku merenung ke arah tingkap dihadapan porch kereta. "Apa yg pelik dgn tingkap ni haaaa..." tanya ku di dalam hati.
Ya....Allah. Mana gi grill tingkap ni......"mem" besar...saya rasa rumah kita dah kena pecah masuk!!!!!!!"
Habis berterabur barang kat dalam rumah. Bilik aku dah jadi cam kabin kapal Black Pearl, Captain Jack Sparrow dah. Tunggang langgang! Alhamdulillah tak ada apa sangat yg hilang melainkan koleksi perfume aku....diaorang tak dapat cari duit / barang kemas......pasal aku memang takdak duit dan barang kemas!!
Lepas gi buat report polis.....aku baru terperasan beberapa tompokan darah kat lantai rumah dan first aid kit aku berterabur. Heheheh....mesti tangan kau luka masa tengah umpil grill tingkap! Aku tunjukkan pada polis...."tak boleh buat apa apa ni" kata polis tu.....aik....aku tengok CSI..kalau ada darah mampus pembunuh tu kena tangkap dah! Jangan kan darah...ada benang dari stokin ke...baju keee....dah habis crita dah!....ye lah....kes tak profile tinggi. Kalau aku anak datuk ke....tan sri ke....mesti segala mak nenek yg diaorang ada dah bawak kuar.!!!!!
Anyway.....aku syukur pada Allah. Anak-anak dan Isteri aku ada bersama aku dan selamat. Ujian Kesabaran aku yg ke 2.

3 comments:

tun teja said...

kite kena panggil csi dtg mesia nk hapuskan jenayah kat mesia nih.

suruh diorg cari adik sharlinie.

Tok Bond said...

Kalau dicampur Semua CSI (Vegas + Miami + New York) pun rasanya tak dapek settle masalah ni.....ingat kena campur lagi laaaa...CSI Rembau ngan CSI Changloon....ok kot?

Unknown said...

Banyak betui kes pecah rumah,dari dulu sampai sekarang.Rasanyo polis pun dah maleh nak pikir.