Tuesday, February 26, 2008

Surat Kepada Penyangak!




Kehadapan Penyangak Yg Dimaki,



Segala maki hamun adalah untuk mu.



Tarikh 09/02/08 tak akan aku lupakan apabila dengan selamba beruk kau memecahkan tingkap cermin keta aku dan mencilok laptop aku! Apakah kerana kau dah kebulur sangat sehingga tergamak kau mencilok atau mungkinkah bangsa atau keturunan kau adalah bangsa atau keturunan penyangak?



Tahukan kau betapa rampingnya perut aku ketika nak membeli menatang tu.....tapi dgn selamba badaknya (perut yg boroi) kau menciloknya. Kenapa tak kau tunggu aku apabila kau nak menciloknya. Mungkin dengan itu dapat aku menghadiahkan sebiji dua buku lima dan sepak terajang kat kau. Atau mungkin kau akan merayu utk tidak dilahirkan kedunia apabila aku sedang mengajar kau!



Tetapi walau apapun aku bersyukur.....kerana yg ilang hanyalah kebendaan....tidak seperti mereka yg kehilangan anak atau orang tersayang! Menatang yg ilang tu masih boleh aku ikat perut lagi untuk membelinya.....tapi kalau dah ilang orang yg kita sayang....huhuhuhuhuhuh...nangis darah sampai cirit pun tak guna.


Cakap pasal tak guna.....TAK GUNA PUNYA PENYANGAK!!!! Dah la laptop aku kau cilok....keta aku pecah cermin....penat badan dek kerana Birokrasi Polis dalam nak membuat report! GAMPANG!!!!


Segala carut marut...maki hamun hanyalah utk kau wahai penyangak! aku masih berdoa utk kita bertemu suatu hari nanti takala kau tengah buat "projek" kat orang lain. Mesti tejalin "kemesraan" antara kita takala itu. Mungkin juga pertemuan itu akan diakhiri dgan kepala kau diselaputi dgn darah "sucimu".........atau mungkin jua tangan kau patah 12 belas....atau mungkin jua sesudah nyawa kau dah tinggal suku, baru aku ikat kau kt belakang keta aku dan heret kau ke balai polis Kota Damansara...(tempat aku buat report masa kau cilok laptop aku dulu)......mungkin.......

Akhir kata .....kau tungguuuuuu....

No comments: