Thursday, June 19, 2008

SALAM AMPU????!!!????



Cara bersalam yang betul dan paling afdal...


1. Badan perlu dibengkokkan 90 darjah.


2. Yang menyalam perlu memegang kedua belah tangan orang yang disalam.


3. Sengetkan kepala sedikit untuk mendapat feel yang lebih.


4. Mulut perlu dimuncung lebih dari 1 inci.


(kalau tak paham...sila rujuk gambar di bawah)





Wednesday, June 18, 2008

OMEH ITAM

Aku tertarik betul ngan artikel Marina Mahathir dlm The Star ari ni. Walaupun aku tak follow artikel dia sblm ni, tp cite pasal minyak ni memang buat aku menyirap! (bukan air sirap). Aku nak ulas sedikit pasal komen dia kat dalam blog ni. Antara lain dia menyentuh pasal "Kerajaan Mahu Kita Ubah Cara Hidup. Adakah Mereka Pun Sama?"

Sehari lepas PM umum harga minyak without subsidi, keluarlah artikel berbunyi "Masa Untuk Ubah Cara Hidup". Nak ubah cam na lagi. Jangan tengok diri kita.....ambil orang "kiri kanan" kita yg paling susah hidupnya. Sebelum harga minyak naik pun dah susah....lagi mau ubah cara idup! Maknanya kalau dulu makan nasi lauk ikan kering...lepas ni makan ikan kering je lah!...mana tak nya....nasi lagi mahal! Depa nak kita ubah cara idup....depa boleh ka ubah meh kita tengok....(ni yg Marina Mahathir tulih....)


1. Stop having meeting especially out at resort or hotel.

Asal meeting pelik skit nak buat kt hotel....trainning pun nak buat kt luar la....tukar angin, baru boleh serve dgn lebih baik. Taik Kucing!


2. Make all civil servants and politicians travel economy class.

Dah la nak perabih duit rakyat kat oversea, nak naik business class plak tu....Wei! Sedor la skit. Korang tu pakai duit rakyat. Business Class tu layak untuk orang Business je....dia pakai duit sendiri!


3. Stop having compliment of police escorts to cut down on petrol costs.

Asal nak gi rasmi apa-apa je, meraung siren polis suruh orang ke tepi. Sekali kuar sampai 4 ke 6 bijik motor polis. Tu belum kira keta polis lagi. Sapa dok buh minyak moto ngan keta dia orang? Kalau nak cepat & sampai awal, keluar la awal macam kita dok selalu buat. Dok pinggir KL, keje kat KL pukul 6pagi dah kena kuar umah. Apasal? takut Jammed? Rasa la dulu.....baru tau!


4. Once a week, lets ministers go to a market to buy food for their families with not more than RM100 on budgets.

Amacam? Boleh? Mana mau.....makan apa dgn budget RM100. Anak-anak diaorang lagi kuat menketedarah. Belajar bodo! Harap masuk Kolej Swasta je! Jadi artis boleh le...tu pun cam HAMPEH! Bagi arnab aku belakon pun lagi baguih!
(Sapa nak amik dia ni belakon....jadi Bugs Bunny)

Tu jelah aku nak komen. Kalau ikutkan dia tulih ada 15 saranan kepada geng yg kata kita kena ubah cara hidup tu. Yg pasti minyak dah naik.....barang makan dah naik......tol tak lama lagi nak naik........DARAH PUN DAH NAIK......!!!!!! aKU pun naik naik TIDO!

ADIOS