Monday, December 15, 2008

Hutang Baru!

JENG....JENG....JENG!!!!!

Sunday, December 7, 2008

IKUT SEDAP KEPALA LUTUT!!!

Akhbar "tut....tut..." 07/12/08......
Crita pasal rear seal belt.

KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak berhasrat menyaman penumpang keempat di tempat duduk belakang yang gagal mematuhi peraturan memakai tali pinggang keledar bagi kereta persendirian kerana melebihi muatan tetapi menggalakkan mereka menggunakan alternatif lain seperti kenderaan awam.
"Jika penumpang belakang tidak memakai tali pinggang keledar dan berlaku kemalangan, impak kesan berat badan bertambah berkali ganda serta boleh menyebabkan kematian termasuk orang di hadapan.
"Saya percaya ia tidak membebankan orang awam kerana kajian Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros) mendapati hanya lima hingga sembilan peratus pemandu kenderaan persendirian di negara ini membawa penumpang melebihi tiga orang di tempat duduk belakang,"

Haaaa...ni yg dinamakan Kajian Kepala Bapak Diaorang!!!!!! Masuk akal ke pemandu kenderaan di Malaysia ni, bawa penumpang melebihi 3 orang hanya 5% ke 9%? Depa buat kajian tu kat Bandar Sri Damansara kot atau kat Taman Tun Dr.Ismail...atau mungkin gak kat kawasan perumahan Bukit Tunku ke..yg memang diketahui umum, kawasan tempat tinggal orang "lord-lord". Depa pi buat kajian tak kat...Felada Jengka ke....Felda Taib Andak Ke (kat sana yg aku tau sorang je "lord") atau Felda Guar Napai!...atau mungkin juga ke Kg.Bongek......Kg. Limau Kasturi....Kg. Parit Sulong ke atau Kg. Sri Makmor!!!!???

Tak abis-abis nak tipu orang.....yg peliknya tiap tahun kuar result peksa PMR ke SPM ke atau bebudak grad dr local "U", mesti kata result improved dari tahun sudah. That mean ramai orang semakin cerdik pandai...tapi dok kena goreng dgn cerita cam kat atas!

Aku tak sabar gak nak tunggu thn depan.......b'coz:
1. Nak tunggu tengok budak 3tahun ke atau 8 tahun ke sign surat saman polis.
2. Lebih muatan...guna altenatif lain...pengagkutan awam......bebudak umur dalam 6 tahun ke....
atau 10 tahun ke...balik kg naik bas...coz keta bapak dioaorang dah penuh.
3. Target Bilangan Penduduk 70juta......aku rasa...kalau cam kes kt atas cam na nak dapat. Tapi
kalau kira beruk, monyet and babi hutan kat hutan atau zoo dapat kot?
4. "Ubah Cara Hidup"....cam na nak ubah kalau kena beli keta baru + besar? Tambah hutang!!!??

Best kan?????